KOPERASI KOMUNITI MAJU SEJAHTERA telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 14 MEI 2025 dengan No Daftar 202559502508.

Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah di alamat 38 JALAN KESUMA 5/3, BANDAR TASIK KESUMA 43700 BERANANG, Selangor.
Alamat Operasi :
Suite A313, L3, Block B3, Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9. SS10 461500 Selangor
Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
VISI
“MENJADI PEMACU UTAMA PEMBANGUNAN KOMUNITI MAMPAN YANG BERTERASKAN KERJASAMA, KEADILAN EKONOMI, DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL. KOPERASI BERHASRAT UNTUK MEWUJUDKAN KOMUNITI YANG STABIL, HARMONI, DAN PROGRESIF MELALUI AKTIVITI KERJASAMA ANTARA ANGGOTA YANG BERKEPENTINGAN.”
MISI
- 1) MENINGKATKAN PENGGUNAAN SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI / RENEWABLE ENERGY SEBAGAI SATU USAHA PENJIMATAN KOS SEHINGGA 50%
- 2) MENGURUS KEHIDUPAN HARIAN SECARA KOLEKTIF DAN HARMONI PENGURUSAN 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) UNTUK MEMBANTU USAHA MENCAPAI OBJEKTIF SDG.
- 3) MENINGKATAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANGGOTA MELALUI PENDIGITALAN KOMUNITI DALAM PENGURUSAN HARTA, KESELAMATAN, PENDIDIKAN, KEUSAHAWAN, PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN LAIN LAIN.
- 4) MENGENALPASTI PENYELESAIAN BERASASKAN AMALAN TERBAIK KOMUNITI DALAM PENGURUSAN HARTABENDA.
OBJEKTIF
Untuk penubuhan, pengurusan dan pengendalian syarikat penerbangan, penyelenggaraan kejuruteraan penerbangan, Pendidikan, penMEMBANTU KERAJAAN MENCAPAI SASARAN SDG MELALUI PELBAGAI AKTIVITI KOMUNITI DIKALANGAN ANGGOTA & INDUSTRIgangkutan dan lain-lain aktiviti berkaitan.
Fungsi Koperasi ini ialah perkhidmatan.
Aktiviti
Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
(a) Menjalankan aktiviti aktiviti berikut:
i.Pembekalan dan pemasaran Panel Solar;
ii.Penyelenggaran dan naiktaraf rumah kediaman dan bangunan; dan
iii. Bimbingan dan Latihan dalam bidang pengurusan sumber serta penjagaan alam sekitar.
(b) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
(c) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(d) melaburkan wang berlebihan di dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(e) mengadakan subsidiari, menurut seksyen 19 Akta, dengan kelulusan Suruhanjaya, dan
(f) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi yang lain