PENAJA

JOM SERTAI !! KOKOMAS PEMACU PEMBANGUNAN KOMUNITI MAMPAN

ANGGOTA PENAJA

Syarat untuk menubuhkan sebuah koperasi hendaklah mempunyai sokongan sekurang kurang 20 orang. KOKOMAS telah mendapat sokongan awal 23 orang anggota penaja. Adalah dialu-alukan tuan/puan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai anggota Penaja KOKOMAS.

FAEDAH MENJADI ANGGOTA

kOPERASI KOKOMAS (PRA PENDAFTARAN), merupakan sebuah koperasi berteraskan perkhidmatan. Objektif utama untuk memberikan satu platform kepada KOMUNITI secara kerjasama menjimatkan kos sara hidup melalui projek dan aktiviti bersama seperti

  1. PENJIMATAN TENAGA – melalui projek Solar Panel, Penggunaan Tenaga boleh di perbaharui yang lain seperti Hidrogen, Tenaga Kinetik dll
  2. PROJEK KITAR SEMULA 5R – melalui projek ini komuniti berusaha untuk menjadikan BAHAN BUANGAN DOMESTIK menjadi PRODUK melaluli PROSES KITAR 5R. Contoh Minyak Masak, Botol Plastik, Kertas, Bahan Kaca malahan lebihan makanan!!
  3. PENGURUSAN HARTA – menyediakan perkhidmatn penyelenggaraan sistem elektrik, sistem paip air, sistem kumbahan, barang elektrik, mengecat bangunan, landskap, dll dengan kadar lebih murah
  4. PENGURUSAN E WASTE – menguruskan barangan e Waste dalam komuniti untuk mendapat nilai jualan semula yang tinggi
  5. KOMUNITI SERVIS – menawarkan pelbagai perkhidmatan komuniti secara berkelompok seperti E KEDAI KOMUNITI untuk mendapatkan barangan keperluan secara online, perkhidmatan dobi, lipat dan sterika pakaian, penjagaan anak pra sekolah, warga emas dll.

PENGASAS

Penubuhan KOPERASI KOMUNITI MAJU SEJAHTERA BERHAD -KOKOMAS merupakan cetusan Idea asal Dato’ Abd Majid Zin, Mr Nevish , Mr Tiva dan Encik Idris Takyan dalam mencari penyelesaikan kepada pelbagai cabaran yang dihadapi ahli masyarakat dalam usaha mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan kualiti kehidupan harian, kos pengurusan dan penyelenggaran harta dan mengurangkan pencemaran alam. Dalam masa yang sama membantu usaha kerajaan ke arah mencapai sebahagian daripada 17 Sustainable Development Global SDG.

Dato Abd Majid Zin bin Mohd Zin – Ahli Korporat yang telah lebih 30 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Lebih 5 tahun dalam Anggota Lembaga Koperasi beberapa koperasi. Bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan.

PMGR. NEVISHKUMAAR A/L KUMARAN – CEO Benchmark Property Sdn Bhd berpengalaman lebih 6 tahun dalam Pengurusan Fasiliti dan Pengurusan Harta

Encik Idris Takyan – lebih 40 tahun dalam Industri ICT. Terakhir sebagai Pengarah ICT di Universiti Sains Islam Malaysia, Berpengalaman lebih 10 tahun dalam Aktiviti Komuniti dan Koperasi.

Encik TIVANAATHAN A/L GOPAL – Pengurus Operasi dan Fasiliti Benchmark Property berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri pengurusan operasi.