-
10.6.2025 Penerimaan Sijil Pendaftaran KOKOMAS
Read More: 10.6.2025 Penerimaan Sijil Pendaftaran KOKOMASMr Tiva, Anggota Lembaga Koperasi telah hadir ke Pejabat SKM Wilayah Hulu Langat untuk menerima Sijil Pendaftaran KOPERASI MAJU SEJAHTERA BERHAD dengan no Pendaftaran 202559502508 bertarikh 14 Mei 2025. Bersama-sama itu juga pihak SKM telah menyerahkan Satu Salinan Undang Undang Kecil Koperasi UUK yang telah diluluskan oleh SKM berdasarkan keputusan Mesy Agung Permulaan pada 23…
-
25.3.25 Serah Dokumen MAP di SKM Hulu Langat
Read More: 25.3.25 Serah Dokumen MAP di SKM Hulu LangatKOKOMAS di wakil En Idris dan Mr Tiva, secara rasmi telah menyerahkan Dokumen Minit Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) yang telah berlangsung pada 23 Feb 2025 lalu kepada Pegawai Penyelia SKM Hulu Langat , En Muhammad Afiq. Bersama itu juga telah membuat Bayaran Fi Daftar sejumlah RM100.00 Dengan ini KOKOMAS hanya menunggu pengesahan Sjil Pendaftaran dari…
-
-
23.2.2025 Mesy Agung Permulaan KOKOMAS telah dijalankan dengan jayanya
Read More: 23.2.2025 Mesy Agung Permulaan KOKOMAS telah dijalankan dengan jayanyaMesy Agung Permulaan Koperasi Komuniti Maju Sejahtera Berhad, telah berlangsung di Multipurpose Hall, Level 4B South City Plaza, Seri Kembangan Selangor mulai jam 3.00 ptg hingga jam 5.30 ptg. Mesyuarat telah meluluskan Undang Undang Kecil, melantik Anggota Lembaga, Belanjawan KOKOMAS 2025/2026 dan beberapa lagi keputusan penting.
-
14.2.2025 Penyerahan Notis Mesy Agung Permulaan KOKOMAS di SKM Hulu Langat
Read More: 14.2.2025 Penyerahan Notis Mesy Agung Permulaan KOKOMAS di SKM Hulu LangatPerwakilan JKuasa Penaja KOKOMAS yang terdiri dari En Idris dan Mr Tiva telah menyerahkan Notis Mesy Agung Permulaan KOKOMAS kepada SKM Hulu Langat. Pegawai SKM Hulu Langat , En Mohammad Aidil telah memberikan penerangan mengenai proses persiapan Mesyuarat Agung Permulaaan dan Format Kertas Kerja yang perlu diserahkan selepasa Mesy Agung Permulaan nanti.
-
20.1.2025 Penyerahan Dokumen Penubuhan KOKOMAS di SKM Sgor, Shah Alam
Read More: 20.1.2025 Penyerahan Dokumen Penubuhan KOKOMAS di SKM Sgor, Shah AlamWakil Jawatankuasa Penaja KOKOMAS yang terdiri dari Encik Idris, Mr Nevish dan Mr Tiva telah mengadakan Perjumpaan dengan En Az Zikri, Pegawai SKM Selangor bagi menyerahkan Dokumen Penubuhan KOKOMAS
-
5.1.2025 Perjumpaan Pengasas KOKOMAS di Banana Leaf KL Gateway
Read More: 5.1.2025 Perjumpaan Pengasas KOKOMAS di Banana Leaf KL GatewayPerjumpaan 4 Pengasas KOKOMAS Dato Majid, Mr Nevish , En Idris dan Mr Tiva, telah diadakan pada 5.1.2025 di Restoran Banana Leaf KL Gateway untuk membincangkan usaha penubuhan sebuah koperasi yang dapat mengadakan aktiviti yang membantu komuniti mengurangkan kos sara hidup melalui kerjasama anggota masyarakat.